SOLAT TIANG AGAMA

May 24, 2017



Hi and Assalamualaikum. Tazkirah pagi ini tentang solat. Memandangkan ramai manusia yang liat sangat untuk solat pada awal waktu. (Saya tidak terkecuali juga). Info ini saya ambil dari buku Motivasi Alihan Pelajar (MAP) by Tengku Asmadi. I have been participated on kem motivasi anjuran MAP masa berumur 14 tahun before PMR. Selain tips pelajar cemerlang, beliau ade menyelitkan beberapa motivasi bagi rohani. Bukan sahaja untuk pelajar, tetapi boleh digunapakai dalam kalangan masyarakat islam.


Apa itu Solat?
Mungkin kamu akan jawab "solat itu tiang agama".

Tapi, fahamkah kita macam mana yang dipanggil tiang agama? Adakah ia hanya sebuah metafora semata-mata? Adakah ia hanya sebuah tiang? Solat itu tiang agama. Tiang agama disini boleh diibaratkan seperti sebuah bangunan. Kenapa? Sebelum pembinaan sebuah bangunan, benda asas yang perlu dimulakan adalah tiang untuk di mengukuhkan dan menguatkan struktur bangunan. Maka, sempurnalah sesebuah bangunan. Macam itu juga solat. Bila kita kukuhkan tiang agama, maka kehidupan kita penuh diberkati Allah swt, tuan dan puan.


KEWAJIPAN SOLAT DAN DOSA MENINGGALKANNYA

Solat atau sembahyang adalah satu kewajipan terhadap orang-orang yang beriman. Dibawah ini saya datangkan beberapa maksud ayat-ayat alquran dan beberapa hadis Nabi Muhammad saw tentang wajibnya kita sebagai orang islam menunaikan solat.

  • Firman Allah swt:
'Sesungguhnya solat itu difardhukan waktunya keatas setiap orang yang beriman'
(Surah An-Nisa ayat 103)

  • Firman Allah swt:
'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang mukmin yang khusyuk dalam solat mereka'
(Surah Mukminun ayat1-2)
  • Sabda Nabi Muhammad saw:
'Perkara pertama sekali dihisab keatas seorang hamba di Hari Kiamat nanti ialah solatnya, jika elok solatnya nescaya eloklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak solatnya, maka binasalah amalan-amalan yang lain'
(Hadis Riwayat Thabrani)

  • Dalam hadis Nabi Muhammad saw ada menegaskan:
'Beza antara orang mukmin dan orang kafir adalah meninggalkan solat'
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah)


Oleh yang demikian, jika kita meninggalkan solat, tiada bezanya antara kita dengan orang kafir. 
Didalam satu lagi riwayat daripada Nabi muhammad saw ada bersabda, barang siapa yang mengambil mudah dan meringan-ringankan solatnya, akan diseksa oleh Allah swt dengan 15 seksaan, antaranya:

Enam Seksaan di Dunia
  • Allah swt menghilangkan keberkatan umurnya
  • Allah swt menghilangkan keberkatan rezekinya
  • Allah swt menghilangkan cahaya dari mukanya sebagai tanda orang yang soleh
  • Segala amalan kebajikan yang dilakukan tidak akan diberi pahala
  • Doanya tidak diangkat ke langit dan tidak akan dimakbulkan oleh Allah swt
  • Dirinya tidak termasuk dalam golongan orang islam
Tiga seksaan ketika kematian
  • Mati di dalam kehinaan
  • Mati di dalam kelaparan
  • Mati di dalam kehausan
  • Allah swt akan menyempitkan kuburnya
  • Kuburnya akan menjadi gelap
  • Allah swt akan memerintahkan satu malaikat untuk menyeksanya di dalam kubur hinggalah hari kiamat
Sesetengah ulama meriwayatkan, Allah swt akan menyuruh seekor ular yang bernama Syuja ul'Aqra, matanya dari api neraka dan kukunya dari besi dan tiap-tiap satu panjang kukunya adalah setengah daripada perjalanan satu hari. Ditangannya terdapat pemukul besi lalu berkata ular tadi kepada mayat : "Aku disuruh oleh Allah swt untuk menyeksa kamu kerana kamu meninggalkan solat subuh hinggalah solat zuhur, dan aku akan pukul kamu dari waktu zuhur sampailah waktu asar dan aku akan pukul kamu dari waktu asar sampailah waktu maghrib sampailah waktu isyak, dan aku akan pukul kamu dari waktu isyak hinggalah menjelang waktu subuh kembali

Subhanallah!

Dengan tiap kali sekali pukulan itu terbenamlah 70 hasta masuk ke dalam bumi, lalu malaikat mencungkil kembali mayat tersebut ke atas bumi dengan menggunakan kukunya kemudian di pukul kembali. Sentiasalah malaikat akan memukul mayat tersebut hingga hari kiamat. 

Tiga seksaan Sewaktu Bertemu dengan Allah swt pada Hari Kiamat

  • Allah swt akan memerintahlan satu malaikat menyeksanya dengan menggunakan rantai yang panjangnya 70 hasta lalu dimasukkan melalui mulut kemudian ditarik melalui duburnya lalu dihelanya dalam keadaan tertiarap dan terlentang berulang kali  sambil berkata
'Inilah balasan bagi orang yang telah meninggalkan apa yang difardhukan oleh Allah swt' Lalu malaikat mengheretnya ke dalam neraka.

  • Allah swt tidak akan pandang kepadanya dengan pandangan rahmat dan kasihan
  • Allah swt tidak akan mengampunkan dosanya dan akan diseksa dengan azab yang pedih. 

Semoga entry ini menjadi pedoman dan ikhtibar buat masyarakat muslim di luar sana yang menyinggah di blog saya. Pesanan saya, kalau ada anak atau adik adik yang susah and liat sangat nak solat, kita kena tegas sikit and selalu pantau diorang. Takut-takut duduk dalam bilik senyap senyap then cakap dah solat. Kalau kita biarkan nanti makin melarat. Terima kasih kerana sudi membaca. 

You Might Also Like

6 comments

  1. such a sweet reminder. thank you syuk. yomkedd

    ReplyDelete
  2. beautiful sharing dik..
    nak Allah jaga kita leklok kita jaga solat leklok.. kan~

    ReplyDelete
  3. Takutnyaaa... 😢
    Rukun Islam pun dah sebut pasal solat. Jadi, dah sah-sah ianya 'tiang agama' tu. Pasaknya bengkok, maka goyah la binaannya. Teguh pasaknya, kukuh jugalah binaannya.
    InsyaAllah, sama-sama kita usaha perbaiki solat kita supaya lebih sempurna dan moga segala ibadah, amalan baik kita diterima Allah. Ameen! ❤

    ReplyDelete

Assalamualaikum semua yang sudi baca entry ni. Sila tinggalkan comment. Insyallah comment anda akan dilayan.

Terima kasih datang sini.